Select your language
Sesi lawatan delegasi Kementerian Kewangan (MoF) ke Melaka sempena Mesyuarat-mesyuarat Utama Kementerian Kewangan Bersama Kerajaan Negeri Bil. 1 Tahun 2026 telah diadakan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).
Lawatan dimulakan dengan tinjauan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pengkalan Balak, melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, yang dibiayai melalui peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (RMK) dan TAHAP oleh Kerajaan Persekutuan.
Delegasi turut meninjau Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Masjid Tanah, sebagai usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam pemuliharaan penyu serta pemeliharaan kelestarian ekosistem marin melalui sokongan peruntukan Persekutuan.
Lawatan diteruskan dengan tinjauan Projek Lampu Solar MADANI dan Lampu Solar MARRIS di sekitar kawasan Kota Laksamana, selari dengan agenda pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir adalah Encik Muhammad Azlan Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara; YBhg. Datuk Saiful Hazwa Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Jabatan Ketua Menteri Melaka; Encik Mohd Nizam Mokhtar, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka dan Encik Khairulnizam Md Yasin, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka.