Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Kerja Di Ujana Kewangan, Labuan

Sesi Lawatan Kerja Di Ujana Kewangan, Labuan

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II meneruskan lawatan kerja beliau ke Ujana Kewangan dengan sesi kunjungan hormat ke beberapa agensi di bawah Kementerian Kewangan (MoF) termasuk Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sesi taklimat turut diadakan bersama semua jabatan dan agensi terlibat. Beliau juga berkesempatan menyantuni warga agensi sepanjang kunjungan tersebut. Walau terpisah oleh Laut China Selatan, namun ukhuwah antara warga agensi terus terpelihara dengan adanya sesi sebegini.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) serta delegasi MoF.

Arkib Foto

Logo Accessibility