Pilih bahasa anda
YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan lawatan kerja ke Labuan bersama-sama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk melihat sendiri potensi sebenar wilayah ini sebagai hab perdagangan strategik negara.
Lawatan bermula dengan kunjungan ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Labuan. Selepas itu, beliau berkesempatan melawat Pelabuhan Labuan dan mendengar taklimat oleh Megah Port Management Sdn. Bhd.
Setakat ini, operasi pelabuhan menunjukkan bahawa hampir 70% kargo adalah daripada sektor minyak dan gas, sekitar 30% terdiri daripada kargo am dan hanya 4% untuk kargo pengguna. Ini menunjukkan bahawa keperluan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi di Labuan adalah tinggi.
Kerajaan komited untuk meneliti dan mempercepatkan langkah-langkah bagi memastikan Labuan terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang dinamik dan berdaya saing.