Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan Kerja & Libat Urus Bersama Pengurusan LADA

Sesi Lawatan Kerja & Libat Urus Bersama Pengurusan LADA

YB Senator Dato’ Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll telah mengadakan lawatan kerja dan sesi libat urus bersama pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Lawatan kerja kali ini bertujuan melihat agenda pembangunan strategik di Pulau Langkawi supaya penyampaian perkhidmatan agensi selaras dengan rencana Kerajaan.

Antara fokus perbincangan adalah:

• Kemajuan sektor geopelancongan di bawah jenama Langkawi UNESCO Global Geopark
• Usaha memperkukuh keterlihatan global Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama
• Penambahbaikan pengalaman pelancong melalui produk berimpak tinggi
• Galakan pelaburan swasta dalam sektor pelancongan
• Pemerkasaan komuniti tempatan sebagai pemacu pembangunan seimbang

YB Senator Dato’ Seri Amir Hamzah turut berkesempatan melawat Ilham Ceramic Studio dan Laman Padi.

Semasa sesi lawatan tersebut, beliau turut menyaksikan demo pembuatan pasu seramik menggunakan mesin dan teknik manual serta proses lengkap penghasilan seramik. 

Manakala ketika berada di Laman Padi, sesi penerangan berkenaan kaedah penanaman padi, proses padi menjadi beras serta pengenalan kepada pelbagai pokok herba dan kegunaannya turut diadakan.

Hadir bersama YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Puan Rozida Zainol Abidin, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan Dan Pengurusan (Operasi) Kementerian Kewangan dan barisan Pengurusan LADA.

Arkib Foto

Logo Accessibility