YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan rasmi ke pejabat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di Menara Integra, Kuala Lumpur.

Sesi kunjungan rasmi tersebut bertujuan memberi penerangan tentang fungsi KWAP, di samping mengetengahkan inisiatif-inisiatif ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan KWAP terutamanya kepada para pesara.

Sesi kunjungan rasmi tersebut juga telah diakhiri dengan sesi beramah mesra bersama kakitangan KWAP.
