YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi lawatan kerja ke MRANTI Park.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MRANTI di atas Pelancaran Hub Teknologi Kesihatan dan sebagai agensi penyelaras dan sekretariat untuk Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30).
Dalam sesi lawatan tersebut, terdapat beberapa perkara yang telah beliau bincangkan antaranya berkaitan peranan MRANTI dalam melahirkan lebih ramai anak muda dalam teknologi dalam menyokong ekosistem dron serta robotik negara. Agenda sebegini penting bagi pembangunan MRANTI diketengahkan dan mendapat sokongan sewajarnya daripada pemain ekosistem.
Beliau berharap MRANTI akan menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negara dari ekosistem teknologi dan inovasi.