Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Lawatan sempena #JelajahBajet2023 ke Akuarium Marin & Hatcheri Ikan, Institusi Penyelidikan Marin Borneo Sabah, UMS

Sesi Lawatan sempena #JelajahBajet2023 ke Akuarium Marin & Hatcheri Ikan, Institusi Penyelidikan Marin Borneo Sabah, UMS

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang untuk sesi lawatan Akuarium Marin dan Hatcheri Ikan, Institusi Penyelidikan Marin Borneo Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam lawatan tersebut, beliau melihat kesungguhan pihak Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Pengurus Hatcheri Ikan yang begitu prihatin untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang membentuk keseimbangan ekosistem.

Bukan itu sahaja, beliau turut melihat kepelbagaian spesies dalam industri akuakultur yang mempunyai potensi cukup tinggi sebagai salah satu tarikan eko-pelancongan dan membantu untuk merancakkan lagi ekonomi negara kita.

Penglibatan komuniti khususnya pelajar UMS juga telah menghasilkan Projek Arca yang dipanggil Dasar Lautan dan diperolehi dari bahan kitar semula dan sisa plastik dari Pantai ODEC UMS demi menjaga ekosistem dan habitat liar di negara ini.

Tahniah beliau ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan projek arca tersebut. Banyak perkongsian dan maklumat terkini yang berguna untuk kita memastikan usaha konservasi senantiasa terbela.


Arkib Foto

Logo Accessibility