YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YB Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan sesi lawatan (walkabout) di seluruh pejabat MOF untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan bermaafan bersama warga kerja MOF.
Warga MOF inilah merupakan tulang belakang Perbendaharaan Malaysia dan beliau amat berterima kasih di atas jasa dan pengorbanan warga MOF sepanjang beliau bertugas sebagai Menteri Kewangan.









Beliau juga telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada #TeamMOF dari golongan OKU dan kurang berkemampuan. Ada yang bertugas sebagai pemandu, polis bantuan, pembantu tadbir dan macam-macam lagi. Walaupun mereka lebih banyak di belakang tabir, namun kerja di MOF tidak mungkin mampu bergerak tanpa mereka.
Beliau juga diberitahu, ada di antara #TeamMoF yang akan beraya di pejabat sahaja semasa Aidilfitri nanti.