Sesi Libat Urus bagi Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II diteruskan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diketuai oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan cadangan inisiatif bagi memperkasa sektor agrokomoditi negara iaitu sawit, koko, lada, getah dan kenaf yang turut menyentuh beberapa aspek merangkumi pekebun kecil, pembangunan kapasiti dan kemampanan industri.
Kementerian Kewangan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI