YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah mengadakan sesi libat urus Bajet 2023 bersama pihak berkepentingan dalam isu populasi negara.
‘Fertility rate’ atau kadar kesuburan di Malaysia akhir-akhir ini telah menjadi antara isu yang serius di seluruh dunia, tidak terkecuali juga negara kita. Ketidakseimbangan dalam populasi ini jika tidak ditangani, akan menyebabkan kekurangan tenaga kerja pada satu hari nanti. Serta semakin tinggi juga kadar kebergantungan negara kepada pekerja ‘import’.
Dalam sesi libat urus sebegini, semua pihak secara holistik perlu terlibat bukan sahaja golongan wanita dan pasangan suami isteri. Beliau juga faham antara asbab pada isu sebegini adalah evolusi perbandaran, masalah kesihatan, kos sara hidup dan perancangan keluarga.
Penyelesaian dan penambahbaikkan harus dilakukan dalam sektor seperti kesihatan, pendidikan dan kebajikan kanak-kanak merupakan hal utama yang perlu dititikberatkan.
Kerajaan mengambil serius hal sebegini dan akan mencari jalan agar pasangan yang inginkan dan mampu menambah zuriat demi struktur masa depan lebih baik negara.