Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Agensi Di Bawah MOF & Profesional Muda Kuala Terengganu

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Agensi Di Bawah MOF & Profesional Muda Kuala Terengganu

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan profesional muda Kuala Terengganu.

Pelbagai isu, cadangan serta pandangan telah dibincangkan sepanjang sesi perbincangan tersebut. Bagi beliau, kita semua tidak lagi boleh ‘work in silo’ dan kerjasama antara agensi Kerajaan dan orang di luar kementerian adalah sangat penting dan sihat untuk memantapkan gerak kerja.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia Rail Link, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Terengganu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu, NAPIC Harta Negeri Terengganu, Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu, Bank Simpanan Nasional Terengganu serta profesional-profesional muda yang telah hadir pada sesi tersebut.