Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Industri Rekreasi Keluarga

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Industri Rekreasi Keluarga

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama industri rekreasi keluarga.

Industri rekreasi keluarga merupakan salah satu pusat tarikan pelancong di negara kita di mana industri pelancongan merupakan antara penyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Malangnya apabila pandemik bermula, industri pelancongan telah terkesan dengan teruk. Pusat rekreasi juga mendapat tempias apabila tidak dapat beroperasi.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Malaysian Association of Theme Park and Family Association (MATFA), Tan Sri Dato’ Sri Richard Koh dan Tuan Rosly @ Rahmat, Timbalan Presiden Zoo Negara dan wakil-wakil taman tema dari Sunway Lagoon, Legoland Desaru Coast Adventure Park dan Aquaria.