YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan profesional muda Kelantan.


Pelbagai pandangan dan idea telah dikongsikan bersama dalam merangka satu bajet #KeluargaMalaysia yang lebih inklusif.



Setiap pandangan dan cadangan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk dipertimbangkan bagi memastikan #Bajet2022 akan menjadi satu bajet ‘recovery’ yang terbaik.

