Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama MBM

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama MBM

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dalam perjumpaan tersebut. Terdapat pelbagai maklum balas, saranan dan cadangan yang telah diberikan oleh pihak MBM.

Beliau dan #TeamMOF akan meneliti semua cadangan dalam proses merangka inisiatif bajet tahunan ini seterusnya bersama-sama membina semula negara melalui #Bajet2022.