Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Para Mahasiswa Selatan Barat

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Para Mahasiswa Selatan Barat

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama para mahasiswa selatan barat di dalam sesi libat urus #Bajet2022.

Dalam pada itu, beliau sentiasa menitikberatkan suara anak muda dalam mencorak pentadbiran negara.

Mereka merupakan pelapis negara yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang dan bagi beliau, suara mereka sememangnya amat penting untuk didengari.

Segala cadangan dan isu yang diutarakan akan beliau bawa ke peringkat yang lebih tinggi dalam #Bajet2022.