Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Pemain-pemain Industri Anak-anak Perantau

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Pemain-pemain Industri            Anak-anak Perantau

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu pemain-pemain industri anak-anak perantau dari pelbagai bidang.

Dalam merangka #Bajet2022, beliau berpendapat bahawa #TeamMOF memerlukan pelbagai idea dari segenap pihak untuk memastikan #Bajet2022 mencapai fokus 'recovery, resilience dan reform'.

Sepanjang sesi pertemuan, kesemua mereka yang hadir telah mengetengahkan pelbagai idea industri kecil, sederhana dan berat merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan pembangunan serta peluang pekerjaan. Harapan beliau pada masa akan datang agar lebih ramai pemain industri anak-anak perantau memberikan idea dan buah fikiran kepada beliau demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia terjamin.

Dalam #Bajet2022, beliau akan memastikan segala cadangan yang dikemukakan dapat diseimbangkan mengikut keperluan rakyat.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah hadir dalam sesi perjumpaan tersebut.