Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Pemuda Pakatan Harapan

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Pemuda Pakatan Harapan

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan Pemuda Pakatan Harapan dalam merangka #Bajet2022 demi memastikan keseimbangan #Bajet2022 merangkumi keseluruhan Keluarga Malaysia. #KeluargaMalaysia mengambil kira suara semua pihak termasuk suara dan idea anak muda daripada parti pembangkang.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Howard Lee Chuan How, Ketua Pemuda Pakatan Harapan merangkap Adun Pasir Pinji, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Angkatan Muda Keadilan merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Chua Wei Kiat, Ketua AMK Selangor merangkap ADUN Rawang, YB Phoong Jin Zie @ Ginger Setiausaha Publisiti Dapsy merangkap ADUN Luyang, Sabah serta delegasi Pemuda Pakatan Harapan yang sudi berkongsi idea dalam sesi pertemuan tersebut.

 

Beliau turut berterima kasih kepada semua yang hadir kerana telah memberi pandangan dan idea berkenaan ekonomi dan kebajikan warga B40 dan M40 pada sesi tersebut. Beliau menyambut baik segala idea yang diberikan dan beliau akan memberi komitmen yang penuh untuk memastikan #Bajet2022 akan dapat diseimbangkan mengikut keperluan dan kehendak rakyat.