Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Pemuda Perikatan Nasional

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Pemuda Perikatan Nasional

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama Pemuda Perikatan Nasional.

Bagi memastikan fokus 'recovery, resilience dan reform' dapat dilaksanakan secara berkesan, beliau menegaskan supaya setiap buah fikiran yang dilontarkan diambil kira.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda Perikatan Nasional, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional dan seluruh delegasi yang hadir pada sesi tersebut kerana turut berkongsi tentang isu pengangguran serta peluang pekerjaan anak muda dan masalah ekonomi anak muda di pinggiran bandar.

Beliau menyambut baik segala idea dan cadangan pada sesi tersebut. Apa yang paling penting adalah #Bajet2022 pada tahun ini dapat memberi impak positif kepada negara dan memenuhi keperluan #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility