Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Usahawan-usahawan Tempatan

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Usahawan-usahawan Tempatan

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I, telah berkesempatan berjumpa dengan usahawan-usahawan tempatan untuk sesi libat urus #Bajet2022.

Kebanyakan usahawan tempatan yang hadir dalam sesi tersebut adalah mereka yang sangat berpengalaman dan hebat dalam bidang perniagaan serta produk-produk mereka juga telah berjaya dibawa ke luar negara dan mendapat sambutan di dalam dan luar negara.

 

Perniagaan merupakan salah satu tumpuan utama dalam #Bajet2022 di mana kita mahu melihat semula bagaimana perniagaan khususnya usahawan tempatan untuk ‘restart’ setelah hampir dua tahun bertahan akibat pandemik COVID-19.

 

Semua input dan cadangan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk dipertimbangkan dalam #Bajet2022.