Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Wakil-wakil Industri Elektrik & Elektronik

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama Wakil-wakil Industri Elektrik & Elektronik

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan #TeamMOF telah berkesempatan ke Penang Skills Development Centre (PSDC) untuk bertemu dengan wakil-wakil industri elektrik & elektronik (E&E) bagi membincangkan input #Belanjawan2022.

Seperti yang diketahui umum, sektor E&E adalah sektor yang amat aktif di Malaysia. Pelbagai barangan elektronik yang digunakan di serata dunia berasal dari Malaysia.

Walaupun dalam keadaan Malaysia bergelut menentang wabak COVID-19, industri E&E masih tetap menyumbang 6.4 peratus kepada KDNK dengan nilai ditambah sebanyak RM86.1 bilion bagi tahun 2020, dengan unjuran yang lebih baik bagi tahun ini.

Institusi seperti PSDC ini amat penting bagi memastikan bakat muda Malaysia dalam industri TVET dan kejuruteraan elektrik dan elektronik dapat diperkembang dan dipadankan dengan syarikat yang tepat. Sokongan akan terus diberikan oleh Kerajaan bagi institusi seperti ini.