Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Wakil-wakil NGO Belia Cina

Sesi Libat Urus #Bajet2022 Bersama Wakil-wakil NGO Belia Cina

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Belia Cina dalam sesi libat urus #Bajet2022.

Dalam sesi tersebut, beliau telah mendapat pelbagai input yang menyuarakan nasib golongan belia warga cina terutamanya dalam golongan B40.

Kementerian Kewangan akan membawa isu-isu yang diutarakan agar suara rakyat dari pelbagai bangsa dapat didengari terutamanya dalam #Bajet2022 demi menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kerana telah memberi pelbagai input yang baharu. Beliau akan memastikan segala cadangan akan diambil perhatian demi mengimbangi kesejahteraan dan keperluan rakyat.