Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Sesi Libat Urus #Bajet2022 bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 bersama YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bagi mendapatkan input dan membincangkan usahasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi memantapkan lagi perjalanan Malaysia keluar dari belenggu pandemik COVID-19 dengan selamat.⠀

Dalam pertemuan tersebut, Kerajaan Negeri juga telah membentangkan beberapa pelan pembangunan yang selaras dengan visi dan misi Rancangan Malaysia Ke-12, yang boleh diterapkan ke dalam #Bajet2022. #TeamMOF akan meneliti semua cadangan demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.