YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2022 di Gunung Stong, Dabong, Kelantan.



Beliau berkesempatan bertemu dan meluangkan masa hampir dua jam bersama persatuan malim gunung, pengusaha chalet dan inap desa di sekitar Dabong yang mana pendapatan mereka terjejas teruk ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan rentas negeri.



Dengan ledakan pelancongan di sekitar Dabong, ini merupakan satu peluang terbaik untuk membangunkan ekonomi penduduk luar bandar khususnya di kawasan sekitar.
Segala cadangan, pandangan dan idea untuk memajukan ekonomi setempat dan penduduk luar bandar akan dibawa ke peringkat lebih tinggi.



Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Abdul Latiff, Ahli Parlimen Kuala Krai dan Dato’ Haji Mohamed Zulkepli, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai yang turut hadir pada sesi pertemuan tersebut.