Sesi Libat Urus #Bajet2022 di IQRA, Perlis

Sesi Libat Urus #Bajet2022 di IQRA, Perlis

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan ke International Quranic Academy (IQRA) di Kuala Perlis untuk bertemu barisan agamawan untuk sesi libat urus #Bajet2022.


Antara yang diberi penekanan adalah cara-cara menerapkan teknologi terkini dalam memperkasakan agama Islam di semua peringkat serta kaedah pembelajaran agama Islam yang lebih baik dan maju.


Pelbagai cadangan yang telah diterima oleh beliau di IQRA dan #TeamMOF akan cuba mengimbangi keperluan semua dan keadaan ekonomi negara dalam #Bajet2022.


Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutun merangkap Ahli Parlimen Arau iaitu YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim yang turut hadir dan juga Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jaya.