Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama FINAS & Penggiat Seni

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama FINAS & Penggiat Seni

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Negara (FINAS) dan para penggiat seni tanah air dalam sesi libat urus #Bajet2023.

Seperti yang kita maklum semasa pandemik COVID-19, penggiat seni adalah antara golongan yang terjejas teruk.

Beliau yakin dan percaya industri kreatif tempatan khususnya kekal berperanan penting dan mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk dikembangkan serta memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Kerancakan kembali industri kreatif dilihat dapat memberikan nafas baharu kepada semua penggiat industri untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan terutamanya dalam fasa endemik ini. Malah Kerajaan menyasarkan industri hiburan menyumbang sebanyak 20 peratus kepada KDNK, dengan anggaran RM31.9 bilion pada tahun 2025.

Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan cadangan dan pandangan untuk Bajet 2023. Beliau dan #TeamMOF akan meneliti setiap idea yang diberikan untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.


Arkib Foto

Logo Accessibility