Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Para Mahasiswa UTeM di Melaka

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Para Mahasiswa UTeM di Melaka

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2023 bersama mahasiswa-mahasiswa di Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM).

Turut hadir adalah YBhg. Prof Dr. Ts Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM, YBhg. Datuk Dr Sabri Mohamad Syarif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM dan wakil agensi-agensi Kementerian Kewangan.

Sebagai seorang pemimpin, beliau sentiasa menitikberatkan suara anak muda dalam mencorak pentadbiran negara. Mereka merupakan pelapis negara yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Pelbagai cadangan dan idea bernas yang diutarakan oleh para mahasiswa. Terima kasih beliau ucapkan pada semua yang hadir kerana sudi meluangkan masa bersama beliau dalam sesi libat urus tersebut.

Beliau dan #TeamMOF akan meneliti setiap pandangan para mahasiswa untuk dipertimbangkan dalam #Bajet2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility