YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bersama-sama YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II serta Pasukan Bajet 2023 dalam sesi libat urus bersama parti Pakatan Harapan untuk #Bajet2023.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan pandangan serta idea untuk pihak Kementerian Kewangan menyediakan bajet yang inklusif. #TeamMOF menyambut baik segala perkara yang diutarakan dalam sesi tersebut.
#TeamMOF akan memperkemaskan segala cadangan dan pandangan demi kebajikan rakyat dan ekonomi negara dengan kerjasama semua pihak termasuk pihak pembangkang.