YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan dan wakil-wakil pemimpin penduduk di Pulau Langkawi, Kedah sempena #Bajet2023.
Sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Langkawi merupakan salah sebuah destinasi pelancongan utama di Malaysia tetapi malangnya sektor pelancongan merupakan industri yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Dari segi kehadiran pelancong, bilangan pelancong ke Langkawi telah menurun pada tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik, walau bagaimanapun, bagi tahun 2022, kesan pemulihan sektor pelancongan telah mula kelihatan dengan jumlah pelancong setakat bulan Jun sebanyak seramai 1.17 juta orang.
Terima kasih beliau ucapkan kepada yang hadir dan mereka yang telah memberi pandangan, idea dan mengadukan masalah yang dihadapi. Beliau dan #TeamMOF akan mempertimbangkan untuk dimasukkan dalam #Bajet2023.