Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Pihak Berkepentingan

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Pihak Berkepentingan

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi membincangkan isu Agenda Bumiputera secara menyeluruh meliputi konteks kebajikan, sosial dan ekonomi.

Turut hadir bersama dalam sesi tersebut adalah YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Bagi memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diberi keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum di negara ini, pada tahun 2021, sejumlah RM11.1 bilion disediakan dalam Bajet, iaitu tambahan RM3.1 bilion berbanding tahun sebelum itu. Manakala bagi tahun ini (Bajet 2022), RM11.4 bilion disediakan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.

Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan pandangan. #TeamMOF akan melihat keperluan dan segala kepentingan bumiputera dalam merangka Bajet 2023.


Arkib Foto

Logo Accessibility