Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Sarawak Association of Maritime Industries & Sibu Shipyard Association di Sarawak

Sesi Libat Urus #Bajet2023 bersama Sarawak Association of Maritime Industries & Sibu Shipyard Association di Sarawak

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus #Bajet2023 bersama Sarawak Association of Maritime Industries dan Sibu Shipyard Association (SSA).

Industri tersebut bertujuan untuk mereka reka bentuk, membina dan membaiki kapal. Terdapat lebih dari 20 jenis yang mempunyai kapasiti berbeza. Antara yang mendapat permintaan tinggi adalah 5 jenis kapal dalam dan luar negara terdiri daripada ‘tugboat, landing craft, harbour offshore, military ship, dan general cargo’.

Industri tersebut sangat besar dan bukan sahaja di Malaysia, malah menarik pelabur dari negara luar seperti Indonesia, Australia, Singapura dan Timur Tengah.

Beliau memuji usaha mereka yang telah merangka kandungan pembangunan yang pragmatik dan berpandangan ke hadapan daripada rancangan jangka panjang.

Beliau berharap dengan pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa industri tersebut akan terus bersaing demi mendapat tempat di dalam negara dan antarabangsa.


Arkib Foto

Logo Accessibility