Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus #Bajet2023 Di Akademi Sains Negara

Sesi Libat Urus #Bajet2023 Di Akademi Sains Negara

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Akademi Sains Negara untuk sesi libat urus #Bajet2023 bersama semua pihak berkepentingan yang berkaitan dengan STEM.

#Bajet2023 juga memberikan fokus kepada pendigitalan dan juga menyediakan kesiapsiagaan tenaga kerja masa hadapan dalam membina negara yang lestari dan mampan selari dengan perkembangan ekonomi negara.

#TeamMOF telah menerima segala input dan data yang diberikan seperti kekurangan bakat-bakat baharu dalam bidang STEM yang memerlukan lebih 1 juta tenaga kerja pada masa hadapan dan pelbagai isu lain yang menimbulkan kerisauan negara untuk terpaksa mengambil "Talent Import" selaras dengan tema #Bajet2023 yang menyentuh aspek rakyat yang meningkatkan pembangunan modal insan dan tenaga mahir.

Terima kasih beliau ucapkan kepada seluruh warga Akademi Sains Negara dan semua yang terlibat dalam sesi libat urus tersebut kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada Kementerian Kewangan untuk merangka #Bajet2023 yang semestinya menitikberatkan daya tahan ekonomi #KeluargaMalaysia.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility