YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi libat urus Belanjawan 2021 bersama YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan serta pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan.
Perbincangan berfokus cadangan Kementerian Kesihatan untuk Belanjawan 2021 termasuk pengukuhan usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, serta penambahbaikan perkhidmatan kesihatan awam untuk rakyat ke arah memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa dapat dinikmati oleh semua rakyat.