YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi libat urus Belanjawan 2021 secara maya bersama YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan serta pengurusan tertinggi dari Kementerian Pengangkutan.
Perbincangan berkisar kepada penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kesalinghubungan jaringan pengangkutan di Malaysia.