Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya.
Program ini turut melibatkan penyertaan rakan strategik daripada Yayasan Sime Darby (YSD).
Sesi ini menjadi medan perbincangan terbuka untuk mengenal pasti cabaran sosial semasa serta meneliti cadangan bagi memperkasa kesejahteraan rakyat, termasuk menaik taraf infrastruktur, meningkatkan kualiti pendidikan dan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di kawasan ini.
Turut hadir, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YBrs. Dr. Hajah Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Zon Bandar Tun Razak, wakil-wakil NGO serta penduduk setempat.
Sesi ini merupakan platform penting dalam mendapatkan input secara langsung daripada rakyat, seterusnya memastikan Belanjawan 2026 dirangka dengan lebih inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat Malaysia.