Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama pelabur-pelabur di Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Orient Star Resort, Lumut diketuai oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan. Program ini dijayakan secara kerjasama strategik dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
Sesi berfokus ini dihadiri 60 orang ahli perniagaan, persatuan perniagaan dan orang perseorangan bagi memberikan pencerahan mengenai pelaksanaan dasar negara dan juga mengumpulkan cadangan bagi Belanjawan 2026 khususnya bagi projek Lumut Maritime Industrial City (LuMIC).
Melalui sesi ini juga, pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi memperkasa modal insan, membudaya inovasi teknologi dan memperkenal insentif galakan pelaburan dalam merancakkan iklim perniagaan yang mesra pelaburan selaras dengan aspirasi Belanjawan 2026.
Turut hadir Puan Nurdita Rasidi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Encik Mohd Fadzlee Malik, pegawai Bahagian Cukai dan barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2025.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI