Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Bersama Pemain Industri Semikonduktor

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Bersama Pemain Industri Semikonduktor

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Semikonduktor telah berlangsung dengan jayanya di IC Design Park, Puchong.

Program ini turut melibatkan penyertaan rakan strategik daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC).

Sesi ini menjadi medan perbincangan terbuka untuk mengenal pasti isu-isu strategik, cabaran semasa serta peluang baharu yang mampu memperkukuh daya saing industri semikonduktor negara. Melalui sesi ini juga, pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi memperkasa ekosistem industri, menyokong inovasi teknologi serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berasaskan digital dan berteknologi tinggi selaras dengan aspirasi Belanjawan 2026 yang inklusif dan berimpak tinggi.

Turut hadir, YB Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, wakil UPEN, wakil SIDEC serta pegawai-pegawai daripada Bahagian di MoF.

Sesi ini merupakan platform penting dalam mendapatkan input secara langsung daripada rakyat, seterusnya memastikan Belanjawan 2026 dirangka dengan lebih inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat Malaysia.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility