Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Semikonduktor di Pulau Pinang

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Semikonduktor di Pulau Pinang

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Semikonduktor telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Broadcom Warehouse, Batu Kawan, Pulau Pinang diketuai oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Program ini dijayakan secara kerjasama strategik dengan Broadcom Malaysia.

Sesi berfokus ini dihadiri 10 wakil pengurusan tertinggi pemain semikonduktor bagi membincangkan isu-isu strategik, cabaran semasa serta peluang baharu yang mampu memperkukuh daya saing rantaian bekalan semikonduktor negara.

Melalui sesi ini juga, pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi memperkasa modal insan, membudaya inovasi teknologi dan memperkenal insentif galakan pelaburan dalam merancakkan iklim perniagaan yang mesra pelaburan selaras dengan aspirasi Belanjawan 2026.

Delegasi Kementerian Kewangan (MoF) turut disertai oleh YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, YBrs. Encik John Patrick a/l Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai serta barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility