Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Halal telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pasir Mas Halal Park, Pasir Mas, Kelantan.
Sesi ini dijayakan secara kerjasama strategik dengan Unit Perancang Negeri (UPEN) Kelantan, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dengan penglibatan wakil-wakil usahawan halal, persatuan peniaga kecil dan penjaja di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang bagi membincangkan isu-isu strategik, cabaran semasa serta peluang baharu yang mampu memperkukuh daya saing keusahawan halal negara.
Melalui sesi ini juga, pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi memperkasa ekosistem industri halal, membudaya inovasi teknologi dan inisiatif merancakkan aktiviti sosioekonomi terutama di kawasan sempadan negara selaras dengan aspirasi Belanjawan 2026.
Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan (MoF). Turut hadir, YABrs. Tuan Haji Shamsul Abu Bakar (Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas), YABrs. En. Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof (Pengarah UPEN Kelantan), YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat (Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC), YBrs. En. Zulkhairil Amar Mohamad (Timbalan Pengarah Belanjawan Negara) serta barisan Pasukan Jelajah Belanjawan 2026.
Di kesempatan ini juga, satu sesi kunjungan hormat kepada YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, turut diadakan bagi membincangkan cadangan inisiatif Belanjawan 2026.
Selain itu, MoF turut mengadakan sesi turun padang meninjau perkembangan semasa projek-projek pembangunan Kerajaan di sekitar Rantau Panjang.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja