Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Di Pulau Langkawi, Kedah

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 Di Pulau Langkawi, Kedah

Sesi Libat Urus Belanjawan 2026 bersama Pemain Industri Pelancongan telah berlangsung dengan jayanya di Pulau Langkawi, Kedah. Program ini turut melibatkan penyertaan rakan strategik daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Sesi ini dihadiri hampir 200 wakil pemain industri pelancongan di sekitar Langkawi bagi membincangkan isu-isu strategik, cabaran semasa serta peluang baharu yang mampu memperkukuh daya saing industri pelancongan. Melalui sesi ini juga, pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi memperkasa ekosistem industri dan menyokong inovasi teknologi bersempena mempergiat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, bertempatan dengan aspirasi Belanjawan 2026.

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar Datuk Haji Mohd Kaus (Ketua Pegawai Eksekutif LADA), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman (Pengarah Belanjawan Negara), wakil LADA serta pegawai-pegawai daripada Bahagian di MoF.

Sesi ini merupakan platform penting dalam mendapatkan input secara langsung daripada rakyat, seterusnya memastikan Belanjawan 2026 dirangka dengan lebih inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat Malaysia.

Selain itu, MoF turut mengadakan sesi turun padang meninjau perkembangan semasa projek-projek pembangunan di bawah LADA.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Arkib Foto

Logo Accessibility