Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 bersama Industri Sektor Pembuatan Negeri Johor

Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 bersama Industri Sektor Pembuatan Negeri Johor

Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 bersama wakil industri sektor pembuatan di Negeri Johor telah diadakan dengan kehadiran YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman, Pegawai Kewangan Negeri Johor, bersama wakil jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor serta pemain industri tempatan.

Sesi ini menyediakan platform perbincangan inklusif antara Kerajaan dan penggiat industri pembuatan bagi mengenal pasti cabaran semasa, keperluan ekosistem perindustrian serta peluang pertumbuhan baharu. Melalui dialog interaktif ini, pelbagai maklum balas, pandangan dan cadangan telah dikemukakan sebagai input dalam merangka keutamaan serta inisiatif Belanjawan 2027.

Kementerian Kewangan (MoF) komited untuk memastikan pandangan industri yang menjadi antara penggerak penting ekonomi tempatan terus diberikan perhatian dalam usaha meningkatkan daya saing sektor pembuatan, menyokong pertumbuhan ekonomi Johor serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara secara menyeluruh.

Arkib Foto