Pilih bahasa anda
Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 telah berlangsung dengan jayanya di Tawau, Sabah bersama Pemain Industri Ekonomi Biru Sabah diketuai oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. Program ini dijayakan dengan kerjasama strategik bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya. Agensi yang turut menjayakan sesi libat urus pada hari ini adalah Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sabah.
Pendekatan ini adalah selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang mengangkat ekonomi biru sebagai salah satu bidang strategik negara sekali gus membantu industri tempatan berkembang, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan komuniti setempat.
Sesi ini memberi tumpuan untuk mendengar secara langsung pandangan, cabaran dan cadangan daripada pemain industri ekonomi biru bagi meningkatkan nilai tambah serta daya saing industri berkenaan khususnya di Pantai Timur Sabah bagi dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2027.