Kementerian Kewangan (MOF) melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memulakan siri libat urus berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebagai kesinambungan kepada sesi-sesi yang telah diadakan sebelum pengumuman rasmi pada 9 Jun 2025.
Persidangan Peluasan Skop SST Tahun 2025 ini dirasmikan oleh YBrs. Encik John Patrick Antonysamy, Setiausaha Bahagian Cukai MOF dan melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan antaranya adalah Kementerian Ekonomi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia dan lain-lain.
Program kesedaran ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan penjelasan berkaitan konsep dan pelaksanaan SST.
MOF dan JKDM turut merancang siri jelajah sepanjang tahun bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh di kalangan semua pihak terlibat.