YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama dalam Sesi Libat Urus bersama Agensi Negeri Pahang.

Dalam fasa endemik ini, sudah pasti Kerajaan memerlukan idea dan pandangan dari setiap agensi untuk memastikan setiap golongan menerima manfaat daripada segala inisiatif Kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap agensi yang sentiasa membantu dan menjadi tulang belakang Kementerian Kewangan.

Semoga kita akan terus bekerja demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dapat dinikmati bersama.