YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Parlimen muda daripada parti Kerajaan dan parti pembangkang dalam usaha mendengar dan bertukar buah fikiran serta mendapatkan pandangan untuk #Bajet2022.

Beliau menerima baik segala input yang diutarakan dan akan membawa kepada peringkat lebih tinggi untuk dipertimbangkan dalam #Bajet2022.


Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang hadir. Sesungguhnya sebagai sebuah #KeluargaMalaysia, setiap pandangan dan idea adalah amat penting untuk #TeamMOF.