Sesi Libat Urus bagi Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II diteruskan dengan Kementerian Kerja Raya yang dihadiri oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya serta pegawai-pegawai kanan KKR.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas agenda peralihan tenaga dan transformasi air, PETRA telah mengemukakan cadangan-cadangan inisiatif berkenaan pengurusan air dan risiko banjir serta penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif berkaitan pengukuhan keselamatan infrastruktur jalan raya, memantapkan penyelenggaraan secara berterusan dan pemerkasaan kontraktor-kontraktor di Malaysia.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara serta pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI