Sesi Libat Urus antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dengan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah diadakan bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Hadir sama adalah YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri MITI serta pegawai-pegawai kanan MITI.
Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pelaburan dan memacu pertumbuhan industri yang berasaskan sektor berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) di samping memperkukuh sektor perdagangan Malaysia dalam mendepani cabaran ketidaktentuan perdagangan global.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai kanan MOF dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI