Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

Sesi Libat Urus antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll dengan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah diadakan bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), memperkukuh industri francais dan koperasi serta meningkatkan sokongan keusahawanan negara.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara serta Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility