Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pendidikan Tinggi

Sesi Libat Urus bersama Kementerian Pendidikan Tinggi

Sesi Libat Urus antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dengan YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah diadakan bagi membincangkan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif berkaitan pemerkasaan institusi pengajian tinggi termasuk membina peranan institusi pengajian tinggi dalam pengupayaan sosioekonomi dengan penglibatan komuniti dan warga institusi pengajian tinggi.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility