Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 telah diadakan antara YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Kompleks Kementerian Kewangan.
Antara inisiatif utama yang dicadangkan di bawah Belanjawan 2026 bagi Wilayah Persekutuan merangkumi pelbagai langkah strategik yang menyokong agenda kesejahteraan, kemakmuran dan kelestarian hidup warga Wilayah Persekutuan secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi pembangunan mampan dan inklusif kerajaan.
Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai dari Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2026.
#Belanjawan2026
#EkonomiMADANI
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI