Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Libat Urus bersama Menteri Digital

Sesi Libat Urus bersama Menteri Digital

Sesi Libat Urus bagi Cadangan Inisiatif Belanjawan 2026 bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II diteruskan dengan Kementerian Digital yang dihadiri oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Digital.

Sesi libat urus ini antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif yang menumpukan kepada agenda pendigitalan negara, termasuk penerapan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) bagi membina ekonomi dan masyarakat berasaskan teknologi digital demi kesejahteraan rakyat.

Mewakili Kementerian Kewangan dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bersama YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), pegawai-pegawai kanan MOF dan Pasukan Belanjawan 2026.

#Belanjawan2026 
#EkonomiMADANI 
#RancakkanMADANI 
#MalaysiaMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility